Friday, June 10, 2011

ETIKA PELAJAR MUSLIM



Bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana Allah SWT.
Mengabdikan diri kepadaNya dengan redha dan diredhai.



Berpegang teguh kepada akidah Islamiyyah.
Mengawal diri daripada fahaman sesat dan perbuatan keji.




Bersifat tekun,sabar dan amanah dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang pelajar.




Menghias diri dengan disiplin kental.
Berkeperibadian tinggi.
Cerminan kemurniaan akhlak Islam.




Sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan,guru-guru dan semua pihak untuk
kesejahteraan bersama dan mengharumkan nama madrasah.




Usaha bersungguh-sungguh melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk ketrampilan
diri dan sanggup memberi sumbangan berguna kepada agama,ummah dan negara.




Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Kehidupan Rasulullah SAW di jadikan sunnah.
Ibu dan ayah ikatan kasih sayang tidak ternilai.




Mendampingi guru dan orang-orang berilmu.
Memandang tinggi ulama dan umarak berakhlak.




Sentiasa memburu kecemerlangan dalam pelajaran.
Menjadikan kecemerlangan sebagai wawasan hidup duniawi
dan ukhrawi.

No comments:

Post a Comment