Friday, May 20, 2011

MUDAH UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH




Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah,dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah SWT.Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu;-



1.Taat kepada Allah SWT dan RasulNya.




2.Taat kepada suami.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu,berpuasa sebulan(Ramadhan),menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya,maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya:Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai."
(riwayat Ahmad).




1.Taat kepada Allah SWT dan RasulNya
*Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segalanya.
*Wajib menutup aurat dan tidak berhias dan berperangai seperti wanita Jahiliah.
*Berbuat baik kepada kedua ibubapa.
*Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
*Sentiasa bersedekah baik,dalam keadaan susah ataupun senang.
*Bersikap baik terhadap tetangga.
*Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.




2.Taat kepada suami
*Seorang isteri hendaklah mempunyai perasaan yang penuh kasih sayang dan selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.Rasulullah SAW bersabda:"Mahukah aku beritahu kepada kalian,isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang,banyak anak,selalu kembali kepada suaminya.Di mana suaminya marah,dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata:"Aku tidak dapat tidur sebelum engkau reda".(riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa).


*Memelihara kewajipannya terhadap suami iaitu melayani suaminya seperti menyediakan makan minumnya,tempat tidur,pakaian dan seumpamanya.


*Segera memenuhi kemahuan dan hasrat suami dan tidak menjauhi tempat tidur suami.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya,tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya(enggan)melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya."(riwayat Muslim)


*Sentasa menyenangkan suami dan tidak bermasam muka di hadapan suami.


*Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.


*Tidak meninggikan suara melebihi suara suaminya.


*Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.


*Tidak keluar tanpa izin suami.


*Menjaga rahsia-rahsia suami,terutamanya berkenaan hubungan intim dengan suami.


*Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.


*Sentiasa memelihara diri,kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.


*Selalu tampil menarik di hadapan suami sehingga menyenangkan hatinya setiap kali memandang isterinya.


*Ketika suaminya berada di rumah,ia tidak melakukan ibadah sunnah seperti puasa yang menghalang suaminya untuk bermesra-mesra dengannya,kecuali dengan izin suami.


*Selalu mensyukuri pemberian dan kebaikan suami serta menjaga maruahnya.

No comments:

Post a Comment