Tuesday, April 12, 2011

SENYUMLAH PADA KEJAHATAN ORANG



Sebaik mana pun kita,perkataan buruk tetap kita terima,sama ada kita sedari ataupun tidak.Lumrahnya kehidupan begitulah,tidak akan ada manusia bebas daripada perkatakan.Apa yang diperkatakan itu mungkin baik,mungkin juga buruk.


Usah terlalu peduli dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang.Itu sudah semestinya tidak benar.Jika ada yang benar pun,itu adalah sejarah silam yang kita telah lupakan.


Manusia memang suka mencungkil keburukan berbanding kebaikan.



Seperti mana seekor anjing,apabila ia menggigit seorang lelaki ia bukanlah berita,tetapi seorang lelaki apabila menggigit anjing ia adalah berita yang pasti menjadi rebutan pihak akhbar menyiarkannya.


Mengapa hairan dengan sikap manusia bercerita perkara buruk tentang orang lain.Sememangnya mutakhir ini wartawan tanpa tauliah dan tanpa gaji memang banyak di mana-mana.Tertawalah oleh kejahatan mereka sebab sebenarnya mereka sedang dibayar oleh dosa-dosa.



Mengapakah orang berbuat jahat terhadap kita?Mereka ingin lihat kita sedih,menangis,marah,mengamuk dan semua sikap-sikap yang tidak baik.Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa.Itu adalah temasya bagi si busuk hati.Tapi andainya kita boleh senyum kalaupun tidak ketawa,kita sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok.Mereka akan susah hati dan berasa payah sekali.Nah,mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia sebalikya bersikap tenang dan ketawalah,kita telah mengembalikan kesakitan kepada mereka.



BENTENG PENGUBAT HATI



Benteng pertahanan diri kita adalah percaya pada diri kita sendiri.Kita percaya kita tidak sejaht yang mereka sangka dan sememangnya kita tidak jahat,itulah benteng terbaik pengubat hati.Apabila Allah SWT diletakkan paling atas dalam kehidupan tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi.



Tidak perlu berasa sakit sebab kesakitan pada tubuh badan sudah cukup menyakitkan,tidak usah ditambah oleh sakitnya jiwa sebab kesakitan pada jiwa adalah kesakitan yang amat sangat.Ia sukar sembuh malah lebih mudah parah jika gagal merawatnya dengan baik.



Dalam hidup ini usahlah berharap semua orang menyukai kita,ramai juga yang tidak.Bukan ada sebab bahkab kadang-kadang kita tidak kenal pun merekamtetapi mereka sangat benci dan dengki terhadap kita.Mengapa?



Usah hairan sangat.Ada kalanya kita sendiri pun begitu meluat dengan lagak sesetengah artis.Bukan setakat tidak minat malah berasa hendak muntah apabila dengar suaranya sahaja.Sebaliknys kita cukup minat dengan artis yang lain serta merasakan segalanya yang ada pada artis berkenaan betul lagi sesuai.Mengapa pada artis tadi kita benci sedangkan yang itu sangat minat pula?Apa sebabnya?


Kita sendiri tidak dapat menjawabnya bukan?Kebencian dan rasa minat datang begitu sahaja.



Begitulah orang terhadap kita.Bukan semua perkara baik yang kita lakukan akan menimbulkan rasa sayang,kadang-kadang tanpa sebab kita disayangi dan dibenci.



Hidup memang macam-macam.Usah bersedih oleh ketidakadilan yang terpaksa kita hadapi,ia sentiasa baik jikakita mengetahui hikmah sabar yang Allah SWT sediakan untuk kita kelak.Usah lawan setiap serangan sebab sebenarnya itulah yang mereka kehendaki.Semakin kita berlawan semakin kita telanjangi,yang tidak-tidak akan terkeluar dan ini akan semakin mengusutkan keadaan dan kita juga yang akan berasa semakin sakit.



Terbaik,senyumlah dan ketawalah.Senyum dan ketawa akan memadam dengan sendirinya semua kesulitan.



Wallahu'alam:)

1 comment: