Saturday, February 26, 2011

TIP ORANG SOLEH


Qurratun Ain ana


*Orang soleh sentiasa berada dalam ketakutan,tetapi ketakutan ini menjadikan mereka orang yang sangat berani,aktif dan produktif dalam kehidupan.



*Orang soleh makan sekadar untuk hidup dan meneruskan kehidupan tetapi orang a'si(orang yang derhaka kepada Allah SWT) dan kafir menjadikan hidup mereka untuk makan.



*Orang soleh mengambil dunia ini sekadar sahaja dan selebihnya adalah untuk Allah SWT.Sebaliknya orang 'asi merasakan dunia ini miliknya dan cuba mengambil semuanya walaupun tapak tangannya tidak mampu mencapainya.



*Orang soleh menganggap dunia yang dimiliki hanyalah pinjaman dan satu amanah semata-mata,maka bahagialah hidupnya.Sebaliknya orang 'asi menganggap dunia ini miliknya maka bertungkus -lumuslah dia untuk mendapatkannya dan menjaganya,lalu penatlah hidupnya.

No comments:

Post a Comment