Saturday, January 22, 2011

TAZKIRAH



Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Sesungguhnya untuk seseorang itu apa yang diniatkannya.Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan Rasulnya maka hijrahnya adalah untuk Allah SWT dan Rasulnya.Barangsiapa berhijrah kerana dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah kerana wanita maka ia akan mengahwininya.Justeru itu hijrahnya atas apa(niat)maksud dilakukannya."
(Al-Bukhari dan Muslim)




Sabda Rasulullah SAW:
"Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain.Janganlah menzaliminya dan jangan membiarkan ia dizalimi.Barangsiapa menunaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya.Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesempitan maka Allah SWT akan melepaskannya dari kesempitan di hari kiamat.Dan barangsiapa menutup keburukan saudara muslimnya,Allah SWT akan menutup keburukannya di hari Kiamat."





Mempunyai keazaman tidak sama sekalian akan memberi kejayaan kepada seseorang.Merangka kejayaan dengan segala keperluan bagi menentukan matlamat dan bertindak keatasnya secara bijaksana ialah satu-satu jaminan untuk mencapai pencapaian gemilang dalam kehidupan.Menjadikan agama sebagai asas adalah landasan sebenarnya bagi merealisasikan impian anda.





Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Al-Asysr:1-4)





Ingatlah!!!
Masa itu terbahagi kepada tiga bahagian,masa yang lalu ia tidak akan kembali.Masa yang akan datang belum pasti ianya akan menjadi milik kita dan masa sekarang inilah yang perlu digunakan sebaik-baiknya agar ia memberi manfaat pada diri kita di dunia dan akhirat.Hendaklah hari ini lebih baik dari semalam.Dan esok lebih baik dari hari ini.





Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang-orang yang berakal(iaitu)orang-orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring........".
(Ali-Imran:109)





Ingatlah....
Punyalah gunaan masa bukan sahaja merugikan anda di dunia bahkan di akhirat juga.Di akhirat apabila semua manusia dihimpunkan di padang mahsyar tiada seorang pun dibenarkan bergerak sebelum di kemukakan kepada mereka lima soalan yang berikut,iaitu:
-Usia di mana kamu habiskan?
-Hartamu bagaimanakah kamu memperolehinya?
-Di manakah kamu telah membelanjakan hartamu?
-Bagaimanakah kamu memanfaatkan ilmu yang kamu miliki?
-al-Hadis





Jika hawa nafsu itu di tekan,akan lahir kemuliaan,dan saat keinginanmu dipenuhi disitulah adanya keinginan yang abadi.Di saat seseorang menyerah kepada nafsu,ketika ia mahu tetapi....tak mampu mencegahnya untuk menjerumus ke dalam kebatilan mengiring pada dosa dan maksiat.Hanya meraih kemanisan yang hampa.





Firman Allah SWT;
"Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan di dunia maka sesungguhnya nerakalah tempatnya.Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya maka syurgalah tempat tinggalnya."
(An-Naziat:37-41)





Ingatlah!!!
Agama seseorang itu mengikut agama temannya,maka salah seorang dari kamu mestilah selalu memperhatikan dengan siapa dia berteman.
(Al-Hadis)





Ingatlah!!!
Dunia ini bukanlah tempat di mana kamu memenuhi hajat kita.Tidak semua yang kita inginkan diperolehi.Tetapi dunia adalah tempat kita berusaha untuk memenuhi kehendak Allah SWT atas diri kita.

No comments:

Post a Comment