Wednesday, January 12, 2011

AKU TELAH DIKHITBAH~BAHAGIAKAH AKU?



Assalamu'alaikum wbt.Pasti pembaca sekalian(khususnya sodiqoh-sodiqoh yang mengenali diri ini)terkejut dengan berita ini.Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian.TETAPI,minta teruskan pembacaannya....syukran.







Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya,namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.Iya,hanya beberapa minggu lalu.Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.Benar,aku berusaha berlapang dada.Terkadang,terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing,tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.Maha Suci Allah yang mengangkat aku,meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.




Aku hanya seorang Solehah.Tiada kelebihan yang teristimewa,tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol.Jalan ku juga dua kaki,lihat ku juga menggunakan mata,sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah SWT ini.Aku tidak buta,tidak juga tuli mahupun bisu.Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah SWT,aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah SWT juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang.Sama seperti manusia lain.




Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani,aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti,aku juga bukan sebaik Saiyiddah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Solehah yang sedang menggembara di bumi Tuhan,jalanku kelak juga sama....Negeri Barzakh,insyaAllah.Destinasi aku juga sama seperti kalian,Negeri Abadi.Tiada keraguan dalam perkara ini.




Sejak dari hari istimewa tersebut,ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis.Aku hanya tersenyum,tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak,tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.Sehingga kini,aku tetap setia dalam penantian.




Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.




"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"




Aku menjawab tenang..."Warna putih,bersih....."




"Alhamdulillah,ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."




"Ibu,4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah.Jangan berlebihan."




Ibu angguk perlahan.





Beberapa hari ini,aku menyelak satu persatu....helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah SWT.Malam Pertama....Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang,mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan,biarlah Allah SWT juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut.Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Mudah-mudahan ya Allah.




Sejak hari pertunangan itu,aku semakin banyak mengulang al-Quran.Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu,aku sudah khatam al-Quran,setidak-tidaknya nanti hatiku tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.Mudah-mudahan aku tenang....As-Syifa' aku adalah al-Quran,yang setia menemani dalam resah aku menanti.Benar,aku sedang memujuk gelora hati.Mahu pecah jantung menanti detk pernikahan tersebut,begini rasanya orang-orang yang mendahului.




"Kak Solehah,siapa tunang akak?Mesti hebat orangnya.Kacak tak?"




Aku tersenyum,mengulum sendiri setiap rasa yang singgah.Maaf,aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu.Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang,kebenarannya itu antara aku dan keluarga.




"InsyaAllah,'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah SWT.Itu yang paling utama."




Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku.Kta mereka,aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan.Aku tersenyum lagi.




"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya nanti!"




Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya.Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum.Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah SWT.Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap masa terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran,tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku,agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafasku menanti hari itu.




"Bila ente menikah?"





Aku tiada jawapan khusus.





"InsyaALLAH,tiba waktunya nanti ente akan tahu....."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu,bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.




"Jemput ana tau!"Sumayyah tersenyum megah.




"Jika ente tak datang pun ana tak berkecil hati,doakan ana banyak-banyak!Itu saja pesanku.Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku,aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.





"InsyaAllah,kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti......"





Rahsia ku adalah rahsia Allah SWT,kerana aku tidak mampu memberikan tarikhnya.Cuma,hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya.Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara mengejut seperti orang lain.Semuanya aku cuba sedaya upaya siapkan,baju menikahnya,dan aku katakan sekali lagi pada ibu......





"Usah berlebihan ya....."





Ibu angguk perlahan dan terus berlalu,hilang dari pandangan mata.





"Solehah,jom makan!"





Aku tersenyum lagi........Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.






"Tafaddal,ana puasa."





Sahabiah juga semakin galak mengusik.





"Wah,Solehah diet ya.Maklumlah hari bahagia dah dekat.......Tarikhnya tak tetap lagi ke?"





"Bukan diet,mahu mengosongkan perut.Asifani,tarikhnya belum ditetapkan lagi."





Sehingga kini,aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti.Asifani sahabiah,bersabarlah menanti hari tersebut.Aku juga menanti dengan penuh debaran,moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak.Doakan aku,itu sahaja.




........................................................




"Innalillahi wainna ilaihi rajiun....."





"Tenangnya.......Subhanallah.Allahuakhbar."





"Ya Allah,tenangnya....."





"Moga Allah SWT memberkatinya....."





Allah,itu suara sahabiah-sahabiah ku,teman-teman seperjuangan aku pada ibu.





Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.





Akhirnya,mereka mengetahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah SWT.
Akhirnya,mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya,mereka sama-sama mengambil 'ibrah' dari sosok 'dia' yang mengkhitbah aku.





Dalam sedar tidak sedar........





Hampir setiap malam menjelang hari pernikahan ku.......Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam,dalam sujud,dalam rafa'nya pada Rabbi,dalam sembahnya pada Ilahi.Sayup-sayup hatinya merintih.Air matanya mengalir deras,hanya Tuhan yang tahu.





"Ya Allah,telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau.Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,yang menyedarkan aku tentang dunia sementara,yang menyedarkan aku tentang alam akhirat.Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai,aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui......."





Akhirnya,Sumayyah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian.......




"Solehah bertunang dengan siapa mak cik?"





Ibu menjawab tenang......."Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan,kaki juga otaknya.Kata doktor,Solehah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuhnya."





"Allahuakhbar......"Terduduk Sumayyah mendengar,air matanya tak mampu ditahan.





"Buku yang sering dibacanya itu,malam pertama......"





Ibu angguk,tersenyum lembut......"Ini nak,bukunya."Senaskah buku bertukar tangan,karangan Dr.Aidh Abdullah Qami tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur.'





"Ya Allah,patut la Solehah selalu menangis......Sumayyah tak tahu mak cik."





"Dan semenjak dari hari 'dikhitbah' tersebut,selalu Solehah mahu berpuasa.Katanya mahu mengosongkan perut,mudah untuk dimandikan......"





Sumayyah masih kaku.Tiada suara yang terlontar.Matanya basah menatap kalam dari diari Solehah yang dinerikan oleh ibu.





"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku telah di risik oleh MAUT.Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT.Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada Allah SWT.Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya,kerana ibuku bernama Umum Sulaim,baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH SWT yang perlu dipulangkan kembali bila Allah SWT mengkehendakinya.Dan ibu mengambil 'ibrah' bukan kerana namanya(Umum Sulaim)malah akhlaknya sekali.Umum Sulaim,seteguh dan setabah hati seorang ibu."





***Cukuplah kematian itu mengingatkan kita........Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia.Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada.Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih yang tak berharga.***








"Salam sayang dari ana,Solehah buat semua
serikandi-serikandi perjuangan di jalan Allah SWT."

2 comments:

  1. salam. akak, nak mintak izin copy dlm my blog blh? i'll credit u =)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah akak... Bagus sangat penulisan akak ni... Sangat menyedarkan si pembaca... Syukran jiddan akak....

    ReplyDelete