Seseorang yang berakal seharusnya menjaga empat perkara untuk kebaikan amalnya supaya segala usahanya tidak sia-sia:
1.ILMU-supaya amal yang dilakukan berdasarkan ilmu.
2.TAWAKAL-supaya mendapat keluasan dalam ibadah dan tidak berharap kepada makhluk.
3.SABAR-untuk kesempurnaan amal.
4.IKHLAS-supaya dapat mencapai pahala.
Ketahuilah bahawa kamu mempunyai empat musuh,maka berjaga-jagalah dengannya:
1.DUNIA-ia merayu dan menipu dirimu.
2.HAWA NAFSUMU-ramai yang tertewas dengannya.
3.SYAITAN-musuh yang tidak kelihatan.
4.MANUSIA-ia dapat menyesatkan dirimu.
Seseorang yang sempurna akalnya ialah yang memperhitungkan nasib dirinya dan bersiap-siap untuk menghadapi kehidupan selepas mati.
No comments:
Post a Comment