Friday, November 12, 2010

KEMBARA KE DUNIA SEMUT

Tahukah sahabiah-sahabiah tentang kebesaran Alah SWT dalam mencipta seekor semut di dunia?Tentu sahabiah-sahabiah tertanya-tanya itu semut sebenarnya.Untuk pengetahuan ukhti-ukhti,semut merupakan haiwanserangga yang hidup secara bermasyarakat.Cuba sodiqoh-sodiqoh perhatikan.Apabila semut berjalan,semut akan berjalan secara berkelompok.Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin.Sebagai contoh,mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis,yang hidup di pantai Ishikari,Afrika.Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi.Masyarakat yang memiliki sekitat 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini di namakan sebagai "masyarakat super" oleh para pengkaji.Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.



Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur.Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu.Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain.Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu.Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.



Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan.Namun,dalam ketenteraan semut,tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka tetap menjalankan tanggunggjawab dengan sempurna.Cuba sodiqoh-sodiqoh fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak di kurniakan akal fikiran seperti kita manusia.Mereka sangat berdisiplin dengan amanha yang diberikan kepada mereka.Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.



Misalnya semut penjaga pintu.Untuk pengetahuan sahabiah-sahabiah,sarang semut dihubungkan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut.Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu.Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk.Lebih menarik,warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon di mana sarang itu berada.Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.



Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka.Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja.Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut,semt pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makana yang ada dalam perut mereka.Apabila masyarakat berlebihan makanan,mereka akan bertukar menjadi semut pekerja.Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi,jauh mengatasi pengorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.



Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup,sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.



Firman Allah SWT,"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut:Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu,agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya,sedangkan mereka tidak menyedari."
(Surah an-Naml:18)



Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa.Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa.Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka.Ia digunakan pada setiap ketika.Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tigamilimeter tubuh mereka.Oleh itu,sahabiah-sahabiah perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini,ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.



Sahabiah-sahabiah perlu menjadi seperti semut walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna.Semoga sodiqoh-sodiqoh menjadi seorang gadis yang kecil fizikal tapi besar mentalnya,insyaALLAH,amin:-)

No comments:

Post a Comment