Friday, July 16, 2010

PETUA MUDAHKAN QIAMULLAIL

PETUA MUDAHKAN BANGUN QIAMULLAIL
Baginda saw bersabda;
"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam,sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang2 soleh sblm kamu,ia lebih mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu,ia juga penghapus segala dosa,penghalang daripada terjebak kepada maksiat&dosa,dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh."
(Hadis riwayat o Imam Ahmad&Tirmizi)
Menurut Syeikh Muhammad Solih Al-Munajjid,faktor penting yang boleh membantu umat Islam untuk bangun solat di tengah malam.Antaranya ialah;-
(1)Ikhlas kepada Allah SWT dalam setiap tindakan yang di lakukan bagi meraih
keredaan-NYA'iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan
orang ramai,ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
(2)Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan
dalaman,bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
(3)Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam
berdasarkan pengajian dan perbincangan.
(4)Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqomah
dan iltizam melakukan qiamullail khususnya para solihin di kalangan para sahabat dan ulama.
(5)Tidur di atas lambung sebelah kanan dan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah
malam seperti yang di tunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.
(6)Tidur dalam keadaan berwuduk seperti yang di tegaskan oleh Rasulullah saw,"Apabila kamu
hendak masuk tidur,berwuduklah seperti hendak melakukan solat."-hadis riwayat Imam
Bukhari&Muslim daripada al-Barra b.Azib.
(7)Bersegeralah masuk tidur(tidur di awal waktu)terutama lepas solat Isyak seperti amalan
yang di lakukan oleh Rasulullah saw.
(8)Berzikir dengan wirid-wirid yang Mathurat sebelum tidur,kerana ia menjadi benteng diri
daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun@ayat-ayat pilihan dari
alQuran,baca doa tidur,membaca tiga Qul dan sebagainya.
(9) Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang di kenali sebagai 'qailullah' iaitu sebelum
masuk waktu Zohor@selepasnya,sekadar setengah jam.
(10)Elakkan daripada banyak makan dan minum,kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk
bangun di tengah malam.
(11)Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
(12)Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat,kerana ia di kenalpasti sebagai penghalang
pertama dan utama daripada mudah untuk bangun di tengah malam.
(13)Membuat perhitungan diri(muhasabah diri) jika tidak mampu bangun di tengah malam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt solehah...

    Alhamdulillah, perkongsian yg sangat membantu akak selaku org yg banyak berbuat dosa utk bangun qiamullail. Mg Allah terus meluruskan niat kita

    ReplyDelete