Monday, September 28, 2015

MEDAN CINTA BIDADARI


Mereka cuma muslimah biasa,
Mereka cuma mukminah yang terkadang berdosa
Mereka cuma manusia yang tiada apa.

Apa salahnya mereka turut mahu menjadi yang terindah di muka-Nya?

Inilah medan dakwah saya.

El Haura-Bidadari

Mereka mahu menjadi bidadari.

Begitu juga saya!

Saya Daie dan saya juga mad'u.

Bidadari

Mana ada bidadari yang menayang diri
Mana ada bidadari yang murah diri
Mana ada bidadari tiada pekerti.

Mana ada.


Zaman sekarang,saya lihat ramai mereka yang berpakaian menutup.

Gembira sekali menayang diri.

Rasa apa?
Gembira di tatap ajnabi?
Inikah bidadari?

Berapa ramai muslimah berpurdah,berjubah,bertudung labuh UPLOAD GAMBAR?

Berapa ramai?

Lihatlahlah.Tidak terkira!

"Apa salah kami upload gambar?Kami mahu BERDAKWAH!"

Cukuplah Hawa.

Saya ini letih.Letih dengan alasan dakwah.

Jangan kalian campurkan urusan yang baik demi menyenangkan hati kalian.

Saya ulang,JANGAN.

Jika itu benar untuk dakwah.

Dakwah sesama perempuan.

"Eh,kenapa pula!"

Saya nak tanya,

Ada ke lelaki pakai purdah?
Ada ke lelaki pakai tudung?

Ada?Jadi,nak tayang dekat lelaki kenapa?

"Mana tahu diorang boleh tarbiyah isteri mereka."

Hawa,lelaki yang BAIK itu,dia tahu apa yang perlu dia tegur isteri mereka.Malah,dia lebih tahu!

Jangan hanya kerana kamu berpurdah,kata-kata kamu harus kami yang jahil ini benarkan.Kami mungkin memang jahil tetapi kami tidak buta!Tidak buta menilai yang mana baik,yang mana buruk.Kami masih punya 'mata'.

Kamu memperhiaskan mata.
Kamu melukiskan kening.
Kamu acah-acah malu.

Kamu sebenarnya sudah KURANG MALU.

Kenapa?Andai kamu malu,kamu patut tahu pada siapa harus kamu lakukan semua itu!

"Salahkah kami upload gambar?"

Hukum upload gambar itu HARUS.




Tetapi,jika TIDAK upload,ia lebih DEKAT dengan taqwa.

Berapa ramai hari ini yang telah jauh dari taqwa?

Buka mata,berapa ramai yang sudah tidak bertaqwa?

Berapa ramai hari ini upload gambar acah-acah malu?

Tutup muka sana sini.

Atas asbab apa?

"Kami tidak mahu ajnabi pandang wajah kami."

Lalu kenapa menayang susuk tubuh kamu yang berbaju itu?

Kenapa?

Kamu fikir mata lelaki ini bagaimana?

Hanya mata biasa?Tidak.

Sudahlah!Sudah.

Lihatlah hari ini berapa ramai ajnabi telah menatap gambar kamu.

Lihatlah.Nilailah.Hisablah.

Saya beri kamu contoh.Pernah tak kamu lihat kucing yang sangat gebu?

"Mestilah pernah!"-Excited.

Apa yang kamu rasa?

"Rasa geram.Macam nak peluk ketat-ketat!"

Nah.Begitulah lelaki bila nampak kamu.

Bukan sekadar peluk.

Saya ulang bukan sekadar peluk.

Saya pernah menanya seorang lelaki mengenai wanita berpurdah.

Dia kata "Wanita berpurdah ini ibarat RIAK DALAM DIAM.Dia menayang dirinya di laman sosial dengan sunnah Ummul Mukminin dahulu,adakah mereka berkata:

"Lihatlah kami.Kami indah tertutup."

Tidak,mereka sama sekali tidak berkata apa-apa.

Meraka tahu NIAT mereka menutup seluruh tubuh mereka.Meraka tahu.Dan kamu?Apa niat kamu menyarungkan pakaian AGAMA itu?

"Untuk menutup atau menayang?"

Hawa,

Bidadari itu  MAHAL.
Bidadari itu TERSEMBUNYI.
Bidadari itu EKSLUSIF.

Malulah.

Malulah dengan ALLAH SWT.

Menggunakan pemberian-Nya dengan megah menayang sana sini.

Malulah!

Ikhlas dari,
AKU MASIH BELAJAR MENJADI SOLEHAH.

DaIe Ilallah.

Wednesday, June 24, 2015

AKULAH SI MAWAR BERDURI ITU

Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat remaja lain sibuk mengejar cinta manusia.
Dia juga sibuk mencari cinta.
Tapi bukan cinta manusia yang dihauskannya.
Bahkan ia cinta yang agung.Cinta pada Ilahi.
Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat yang lain menyerah hati kepada sang ajnabi.
Dia tunduk menahan panahan syaitan.
Buta dengan pujuk rayu sang lelaki.
Tidak mudah terperangkap dengan cinta yang sementara.
Yang tidak kekal buat selamanya.
Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat ramai berlabuh di kala malam menginjak.
Dia berlabuh di hamparan sejadah.
Menangisi dosa dosa yang tidak diketahuinya.
Memaafi yang zalim terhadapnya.
Tekad dalam mengapai mardotillah.
Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia.
Takut tersalah dalam meletakkan cintanya.
Kerana dia tahu.
Cinta itu membutakan hati.
Di kala cinta Allah dibelakang kan.
Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat remaja sibuk menggayakan fesyen semasa.
Dia sibuk mencari kain yang tebal.
Demi menutup perhiasan diri.
Tidak mahu menambah dosa.
Kerana tidak mahu menjadi penghuni neraka.
Aku ingin menjadi muslimah itu.
Di saat lain hanyut dalam buaian nafsu.
Dia menyemai permata iman dan sepohon taqwa.
Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu.
Yang membakar diri ke jalan yang salah.
Jadilah muslimah yang istimewa.

Wednesday, December 3, 2014

ISLAM ITU INDAH JIKA DI HAYATI

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?" Si ayah pun menjawab, "Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik". Si ayah terus menyambung, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik". (surah Al Ahzab:32). "Lantas apa lagi ayah?"sahut puteri kecil terus ingin tahu. 
"Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul".

Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki cerita seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?".
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,"Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh". Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.  – (Riwayat Imam Ahmad)
"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya."

Saturday, August 30, 2014

TOK GURU NIK AZIZ...AKHLAKNYA,SEINDAH NAMANYA


Mari mengenali ulama yang menjadi pemimpin masyarakat

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat . 

Thursday, August 28, 2014

HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing iru.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
__________________

Sunday, August 17, 2014

SIAPAKAH WANITA YANG CANTIK DI MATA ALLAH SWT?

Seorang wanita biasa akan tampak cantik di mata Allah. Seorang wanita manis akan terlihat semakin manis di mata Allah. Dan seorang wanita cantik akan terlihat jauh lebih cantik di mata Allah.

Siapakah Wanita itu?

Dia adalah  Wanita yang senantiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SUBHANAHU WA TA’ALA.


  1. Wanita yang senantiasa berpegang pada Sunnah Rasul-Nya.

  2. Wanita yang senantiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.

  3. Wanita yang senantiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika sudah bersuami).

  4. Wanita yang senantiasa menutupi auratnya serta tak berlebihan jika berhias.

  5. Wanita yang senantiasa menjaga kehalusan dan kesopanan dalam bertutur kata.

  6. Wanita yang senantiasa menjaga keindahan dan kemuliaan akhlak serta tingkah lakunya.

  7. Wanita yang senantiasa bersikap ramah dan saling menyayangi antar sesama.

  8. Wanita yang senantiasa bersikap hormat kepada yang lebih tua dan bersikap menghargai kepada yang lebih muda.

  9. Wanita yang senantiasa bisa menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang suka membicarakan kejelekan orang lain serta tidak suka memfitnah.

  10. Wanita yang tidak suka mempertontonkan kecantikan dan kemolekan tubuhnya (Tabarruj) kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

  11. Dan wanita yang pandai menempatkan diri baik dalam bertutur  kata serta sikap ketika bersama siapapun ia bergaul dan dimanapun ia berada.

  12. Sungguh wanita seperti itu begitu mulia di hadapan Allah.

ORANG ISLAM PERTAMA YANG MATI SYAHID

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Siapakah Sumayyah binti Khabbab?


Sumayyah binti Khabbab@Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ‎) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.


Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:

- Pertama, berani menyatakan yang hak.

- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
-Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
-Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.




Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga



    * Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
    * Rumah mereka dibakar
    * Dicucuk dengan besi panas
    * Ditikam dengan lembing
    * Dicungkil biji mata
    * Dibenam ke dalam air