Ketika memasak,memastikan bahan makanan yang terbaik adalah sangat penting untuk rasanya,persembahan makanan serta keenakannya.Oleh itu bahan masakan yang dipilih mestilah yang baru dan segar.Antara yang perlu diambil perhatian ialah sayur-sayuran,buah-buahan,ikan,udang,daging,ayam,telur dan juga bijiran.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
-Pastika sayur yang di pilih tidak layu,kecut,bertukar warna ataupun berbau busuk.
-Seeloknya pilihlah sayur yang berlubang ataupun di makan serangga kerana ia menunjukkan sayur tersebut kurang di cemari racun ataupun bahan kimia.Oleh itu,ia sesuai dan selamat di makan.
-Sebaiknya pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar serta berwarna terang.
-Jangan pilih ikan yang kulitnya sudah diselaputi lendir yang tebal kerana kesegarannya sudah tiada.
-Pastikan juga mata ikan tidak tenggelam sebaliknya berwarna cerah.
-Insang ikan yang berwarna merah cerah adalah ikan yang segar manakala ikan yang sudah busuk mempunyai insang yang berwarna keperang-perangan ataupun kering.
-Anda juga boleh memicit-micit badan ikan.Sekiranya isinya masih pejal dan kenyal apbila dipicit,ia menunjukkan ikan tersebut masih segar.
Udang
-Pilih udang yang mempunyai kulit yang cerah dan lut sinar,bukannya kulit yang sudah bertompok kehitaman.
-Udang yang masih segar tidak akan mengeluarkan lendir yang banyak dan kepalanya juga masih keras sekiranya di picit.
-Jangan sesekali memilih udang yang berbau busuk tetapi pastikan isinya masih pejal dan kenyal.
Daging
-Pastikan daging yang dibeli masih segar dan tidak berselaput.
-Jangan beli daging yang sudah berbau busuk.
-Daging yang masih segar mempunyai warna yang merah.
-Daging yang sejuk serta berais tidak lagi segar tetapi merupakan daging sejuk beku.
Telur
-Pastikan telur yang dibeli tidak retak atau pecah kulitnya.
-Pastikan juga telur yang di beli tidak di selaputi najis pada kulitnya.
-Goncang dulu telur sebelum beli.Sekiranya isinya mampat dan tiada ruang udara yang banyak,ia menunjukkan telur tersebut masih baru.
Bijiran,tepung,kacang atau beras
-Cuba lihat sama ada terdapat serangga ataau bahan-bahan tercemar yang lain di dalam beras,bijiran atau kekacang yang ingin dibeli.
-Pastikan juga bahan-bahan kering ini tidak bercampur dengan gred yang bermutu rendah.
Ayam
-Pilih ayam yang tidak berbau busuk serta tidak bertukar warna.
-Jangan beli ayam yang terlalu gemuk.Ia boleh dinilai dengan melihat kepada kegemukan di bahagian dada dan kelicinan kulitnya.
-Perhatikan juga pada lemak-lemak yang terdapat di bahagian bawah kulit.Jangan beli ayam yang mempunyai lemak berlebihan.
-Sebaik-baiknya beli ayam yang baru di sembelih kerana ayam dijual di pasar atau pasar raya mungkin telah di sejuk beku terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment